Bersama Pelajar Program Anak Angkat Cikgu Saarani Dalam Lawatan Ke Parlimen

June 24, 2026

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dijemput untuk bersama-sama pelajar daripada pelbagai sekolah di seluruh Negeri Perak di bawah Program Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) yang membuat lawatan ke Parlimen Malaysia pada Rabu.

Program AACS merupakan salah satu inisiatif di bawah Yayasan Bina Upaya Negeri Perak yang menyediakan bimbingan berterusan serta bantuan kewangan dalam bentuk elaun pendidikan bulanan kepada pelajar terpilih daripada keluarga kurang berkemampuan.

Peserta yang hadir pada sesi yang bermula jam 10.30 pagi itu terdiri daripada Anak Angkat Cikgu Saarani Tingkatan 4 dan 5 yang terpilih dari seluruh negeri Perak, merupakan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 dan 2027.

“Pagi ini amat bermakna apabila saya dijemput untuk bersama-sama dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai sekolah di seluruh Negeri Perak di bawah Program Anak Angkat Cikgu Saarani, salah satu inisiatif di bawah Yayasan Bina Upaya Negeri Perak,” kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.

Lawatan ke Parlimen tersebut merupakan satu pengalaman yang cukup istimewa buat para pelajar dalam mendedahkan mereka kepada suasana serta proses perundangan negara secara langsung.

Program seumpama ini dilihat mampu memberi motivasi serta inspirasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta negara pada masa hadapan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help