Berehatlah Tun, Cukup-Cukuplah

April 6, 2022

TUN Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan untuk bersara terus daripada arena politik Malaysia.

Nasihat itu diberikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu ‘berehat’ daripada hal ehwal politik negara setelah 40 tahun berkecimpung dengannya.

“Berehatlah Tun. Cukup-cukuplah. Sebaiknya di bulan mulia ni kita berdoalah sesama kita agar Allah berikan kebaikan dan diterima amal ibadat kita.

“Tun rehatlah. 1982 – 2022 lama sangat dah Tun. Beri peluang orang lain pula menguruskan negara ini,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata demikian sebagai maklum balas terhadap ‘gurindam’ Dr Mahathir yang ‘menyerang’ Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Katanya lagi, rakyat Malaysia perlu terus ‘moved on’ untuk meningkatkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Rakyat Malaysia pun dah letih dengan cara politik Tun. Malaysia perlu bergerak ke depan.

“Focus Malaysia sudah jauh tersasar. Malaysia ketinggalan sekarang,” katanya.

Terdahulu hari ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang menyindir Najib yang masih popular walaupun telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM220 juta.

“Jangan sebut nama Najib kerap. Dia akan jadi lebih popular.

“Lupakan sahaja nama Najib. Lupakan dia curi duit. Lupakan dia dibicara dan didapati salah. Dia dihukum 12 tahun penjara dan denda dua ratus dua puluh juta ringgit.

“Jangan sebut. Kalau sebut nama Najib dia akan lebih disukai ramai. Orang yang popular dalam negara demokratik akan jadi pemimpin, jadi Perdana Menteri pun,” katanya. – Malaysiapost

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/04/06/berehatlah-tun-cukup-cukuplah-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links