Menyambut Tetamu & Rakan-Rakan Yang Datang Berhari Raya Di Rumah
May 5, 2022
Alhamdulillah masih ramai tetamu dan rakan rakan datang berhari raya di rumah. Keletihan hilang bila mereka datang.
Biasanya sejak lebih 20 tahun lalu 5 hari tidak akan putus tetamu datang. Dan sejak lebih 20 tahun lalu, isteri saya yang memasak untuk menjamu tetamu dan tidak pernah orang lain menyediakannya.
Dia mahu menjamu sendiri tetamu yang datang. Hari ini rakan rakan dari MIC dan GERAKAN juga datang. MCA Lenggong telah datang pada 04.05.22 lalu. #SayangiLenggong