Bengkel Pilihanraya Barisan Nasional Di Kolej Pengajian Tinggi MARA Lenggong

July 21, 2022

BN Lenggong bersiap apabila selesainya BENGKEL PILIHANRAYA BN LENGGONG di Kolej Pengajian Tinggi MARA Lenggong. Lebih 1000 pimpinan, petugas serta jentera BN Lenggong seharian berbengkel dan menyelaras semua gerakerja BN Peringkat Parlimen Lenggong, DUN Kenering, DUN Kota Tampan termasuk di semua 34 Pusat Daerah Mengundi serta 67 Bilik Gerakan Cawangan seluruh Kawasan Lenggong.

Lebih 19 Unit-Unit penting yang mengendalikan PACABA, Pengangkutan, Pengundi Muda, Pengundi FELDA, Pengundi Orang Asli dan sebagainya juga mengadakan mesyuarat dan bengkel bagi menyusun Jentera BN Lenggong menghadapi PRU15 akan datang.

Bengkel BN Lenggong yang diselaraskan oleh Bilik Gerakan BN Lenggong yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah ditutup serta Penyampaian Amanah Penting oleh YAB Dato Seri Saarani Mohamad Pengarah Pilihanraya BN Lenggong, YB Dato Tarmizi Hj Idris Penolong Pengarah Pilihanraya BN Lenggong juga menyampaikan amanat dan arahan penting kepada semua peringkat jentera BN Lenggong.

Bengkel ini dihadiri oleh semua pimpinan utama UMNO Lenggong serta pimpinan lain disemua peringkat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help