Belia Perlu Bijak Diplomasi, Sesuaikan Diri Dengan Perubahan

February 24, 2023

PETALING JAYA – Golongan belia dalam negara perlu bijak berdiplomasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pentadbiran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun kena menyesuaikan diri, mereka masih boleh mempertahankan hak masing-masing.

“Belia perlu bijak dalam berdiplomasi, ini kelebihan dan teruskan sebagai belia mesti bijaksana sesuaikan dengan perubahan tapi pastikan idealisme dan prinsip perjuangan jangan diubah,” katanya dalam ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah ketika Majlis Makan Malam Kasi Sayang Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Kali Ke-61 di sini malam ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Sementara itu, Ahmad Zahid berharap agar MAYC seiring dengan kerajaan agar dapat meneruskan kerjasama dalam menggembeleng pendapat golongan belia.

“Yang penting apa yang kita lakukan beri manfaat kepada anak muda. Kerajaan menyedari pentingnya kepada tumpuan untuk memastikan perhatian kepada generasi muda dalam negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada MAYC. – MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/02/24/belia-perlu-bijak-diplomasi-sesuaikan-diri-dengan-perubahan-tpm/

Berita RTM: https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/58049-belia-mampu-jadi-kepimpinan-masa-hadapan-jika-diberi-peluang-sebaiknya

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help