Bekalan Air Bersih Selesai Di RPS Kg Air Karah: Janji Ditunai untuk Kesejahteraan Penduduk

December 14, 2025

LENGGONG, 14 Disember 2025 – Isu bekalan air bersih yang sekian lama membelenggu penduduk Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kampung Air Karah, Lenggong akhirnya berjaya diselesaikan. Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah, turun padang pada jam 10.30 pagi hari ini bagi meninjau sendiri kejayaan pelaksanaan projek bekalan air bawah tanah yang telah lama dinantikan oleh masyarakat setempat.

Projek Bekalan Air Bawah Tanah atau Tegala Tiub yang digali pada kedalaman lebih 60 meter telah membuahkan hasil apabila penduduk kini dapat menikmati bekalan air bersih yang stabil dan mencukupi. Kejayaan projek ini merupakan hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri Perak dan kepimpinan Parlimen Lenggong, dengan YAB Menteri Besar Perak meluluskan projek tersebut demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan.

Selain penyelesaian isu air, pembinaan Balai Sewang sebagai pusat kegiatan kebudayaan masyarakat Asli Air Karah turut sedang giat dilaksanakan. Balai Sewang ini bakal menjadi pusat utama untuk aktiviti kebudayaan, perhimpunan dan program kemasyarakatan, sekaligus memperkukuh identiti dan perpaduan komuniti setempat.

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar turut memaklumkan bahawa beberapa kemudahan lain sedang dibina menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Lenggong, termasuk pemasangan lampu solar dan pelbagai infrastruktur asas yang amat diperlukan oleh penduduk. Usaha ini jelas membuktikan komitmen beliau dalam memastikan keperluan asas masyarakat sentiasa diberi keutamaan.

Sepanjang lawatan tersebut, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar turut meluangkan masa berinteraksi secara mesra dengan penduduk RPS Kg Air Karah, termasuk kanak-kanak yang hadir. Beliau tidak hanya menyampaikan sumbangan berupa beras, malah turut mengedarkan makanan ringan seperti keropok dan air kotak untuk menceriakan suasana, terutamanya buat anak-anak kecil. Sikap prihatin dan keakraban beliau jelas terserlah melalui tindakan ini, sekali gus memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat serta menzahirkan komitmen beliau terhadap kesejahteraan semua lapisan penduduk di kawasan tersebut.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help