Bantuan Sayangi Lenggong Sempena Aidilfitri Parlimen Lenggong Di Kg Ulu Kenderong Gerik
BANTUAN SAYANGI LENGGONG sempena AIDILFITRI PARLIMEN LENGGONG dilaksanakan lagi tahun ini. Ini amalan biasa yang saya lakukan di Kawasan Parlimen Lenggong. Bukan sahaja di bulan Ramadhan atau menjelang Aidilfitri malah ianya tidak bermusim. Ini tanggungjawab saya membantu sebagai hamba Allah dan Ahli Parlimen Lenggong.
Kali ini 67 kampung atau cawangan terlibat dan seramai 5879 penerima daripada kalangan warga emas, kurang berkemampuan, Ibu tunggal, Anak Yatim, OKU menerima sumbangan ini.
Hari ini saya bersama Ketua UMNO, Ketua Wanita, Cawangan Kg Ulu Kenderong dan Cawangan Air Jernih bersama yang lain menyampaikan sumbangan kepada 126 orang penerima daripada kampung ini.
Alhamdulillah. Walaupun sumbangan tidak seberapa namun ia sebagai tanda saya hormati dan sayangkan rakyat di Lenggong.