Bantuan Sayangi Lenggong Sempena Aidilfitri Parlimen Lenggong Di Kg Bukit Sapi
April 25, 2022
Hari ini isteri saya menyampaikan BANTUAN SAYANGI LENGGONG sempena AIDILFITRI Parlimen Lenggong di Kg Bukit Lenggong bagi mewakili saya.
Seramai 128 penerima yang terdiri daripada Ibu tunggal, Anak Yatim, Warga Emas, OKU daripada Kg Bukit Sapi Lenggong menerima bantuan kali ini.
Bersama isteri saya ialah Pn Hjh Rosmaiza Mohd Ali Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong. Hadir sama ialah kepimpinan UMNO Cawangan Kg Bukit Sapi Lenggong.
Ini adalah sebahagian daripada lebih 5900 penerima di Kawasan Parlimen Lenggong yang menerima bantuan ini.
Saya di Kuala Lumpur hari ini.