Bantuan Sayangi Lenggong Sempena Aidilfitri Parlimen Lenggong Di Kg Belum
April 24, 2022
Hari ni saya ke Masjid Kg Belum menyampaikan BANTUAN SAYANGI LENGGONG sempena AIDILFITRI PARLIMEN LENGGONG kepada 89 orang penerima daripada pelbagai golongan di Kg Belum Lenggong.
Bantuan berupa wang tunai dan juga barang makanan ini disediakan bagi sama-sama meraikan 1 Syawal yang tiba tidak lama lagi. Hadir sama ialah kepimpinan di tempat ini.
Sumbangan ini adalah sebahagian daripada 5900 penerima daripada seluruh Kawasan Parlimen Lenggong.