Bantuan Bencana Barisan Nasional + BNComms Di Negeri Sembilan
January 21, 2022
Hari ini selesai misi BANTUAN BENCANA BN + BNCOMMS di Negeri Sembilan.
Kita memahami bahawa sumbangan ini tidak mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir. Kemusnahan yang dihadapi oleh mereka ada diantaranya begitu memberikan kesan kepada kehidupannya.
Apa yang diberikan hanyalah tanda simpati BN dan sebagai parti yang bertanggungjawab BN UMNO akan terus memperjuangkan kepentingan dan membela rakyat. Rakyat adalah keutamaan BN. Ini bermakna isu berkaitan misalnya kemusnahan asas, dan sebagainya akan diperjuangkan oleh BN.
BANTUAN BENCANA BN + BNCOMMS dilaksanakan di Jelebu Jempul, Rasah, Rembau, Tampin, Kuala Pilah dan Seremban.