Bantuan Bencana Barisan Nasional + BNComms Di Kg Sungai Kandis Seksyen 36

December 25, 2021

Hari ini lengkap BANTUAN BENCANA BARISAN NASIONAL + BNcomms dilaksanakan di 21 kawasan parlimen Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kawasan Kota Raja disalurkan melalui Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Selangor untuk diedarkan kepada yang terkesan akibat Bencana Banjir di kawasan berkenaan. Penyampaian telah diadakan di Kampung Sungai Kandis Seksyen 36,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

BANTUAN BENCANA BARISAN NASIONAL
+ BNCOMMS telah bergerak di 21 kawasan sejak 20.12.2021 lalu.

HARI 1 : 20.12.2021
1. UMNO Bahagian Sg Buloh Selangor

HARI 2 : 21.12.2021
1.UMNO Bahagian Subang Selangor
2. UMNO Bahagian Sepang Selangor
3. UMNO Bahagian Puchong
4. UMNO Bahagian Kapar
5. UMNO Bahagian PJ
6. UMNO Bahagian Shah Alam
7. UMNO Bahagian Hulu Langat
8.UMNO Bahagian Bangi

HARI 3 : 22.12.2021
1. UMNO Bahagian Bukit Bintang
2. UMNO Bahagian Titiwangsa
3.UMNO Bahagian Lembah Pantai
4. UMNO Bahagian Segambut
5. UMNO Bahagian Gombak
6. UMNO Bahagian Kuala Selangor
7. UMNO Bahagian Tanjung karang
8. UMNO Bahagian Sabak Bernam
9. UMNO Bahagian Sungai Besar

HARI 4 : 23.12.2021
1. UMNO Bahagian Kuala Langat

HARI 5 : 24.12.2021
1.UMNO Bahagian Klang

HARI 6: 25.12.2021
1. UMNO Bahagian Kota Raja

Kita amat sedar bahawa apa yang disalurkan ini pasti tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi namum ianya adalah tanda BN sangat prihatin atas apa yang berlaku.

BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya. Apa yang disampaikan ini bukan bermakna itu sahaja yang dilakukan.

Kita akan terus meminta pihak kerajaan melaksanakan pelbagai langkah baik membangunkan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan sebagainya bagi mengembalikan kehidupan rakyat yang terjejas sebagaimana biasa.

Ramai peniaga, usahawan, dan pelbagai pihak lain terjejas. Justeru BN akan memastikan kerajaan melakukan segera bagi memulihkan kemusnahan yang berlaku.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help