Bantuan Bencana Barisan Nasional + BNComms Di Dewan UMNO Pekan Tajau Maran Pahang
January 4, 2022
Pada petang ini Team Barisan Nasional, BNComms bersama Team Medic yang terdiri daripada Medisena Care & Optimum Malaysia sudah pun berada di Dewan UMNO Pekan Tajau Maran, Pahang dalam misi bantuan banjir.
UMNO Maran sudah pun bersedia dalam menghadapi sekiranya berlaku banjir sekali lagi. Dengan bekalan bantuan barangan asas ini diharap mampu mengurangkan beban yang ditimpa mangsa-mangsa banjir di sini.