BeritaBanteras Pemburuan Haram Hidupan Liar

March 3, 2021
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/157232415_3946660788689152_9110111000227182727_o-1.jpg

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melaksanakan pelbagai usaha untuk membanteras pemburuan haram hidupan liar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata usaha bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) itu memberi impak besar sehingga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020 pada 17 Februari lalu menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

“Pembabitan komuniti dalam program seperti Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti yang membabitkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli menjadikan penguatkuasaan lebih berkesan.

“Ia turut memupuk rasa kebertanggungjawaban dalam melindungi khazanah flora dan fauna serta meningkatkan kesejahteraan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Hari Hidupan Liar Sedunia (WWD) 2021 bertemakan ‘Forest and Livelihoods: Sustaining People and Planet’ yang disambut hari ini.

Mengulas sambutan itu, Shamsul Anuar berkata, tema itu dipilih bagi menekankan kepentingan ekosistem hutan dan spesiesnya dalam memastikan kesinambungan kehidupan manusia di seluruh dunia.

Katanya, ia termasuk Orang Asli dan komuniti setempat yang mempunyai hubungan erat dengan kawasan hutan dan sekitarnya.

“Hutan perlu dipelihara dan dipulihara bagi meningkatkan ketahanan ekosistem yang semakin terancam serta membantu mengurangkan fenomena perubahan iklim.

“Degradasi hutan, perubahan guna tanah, pemburuan dan perdagangan haram akan menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna, meningkatan konflik manusia-hidupan liar serta menjejaskan potensi ekopelancongan,” katanya.

Beliau berkata, sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2021, PERHILITAN mengatur pelbagai program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam selaras dengan norma baharu termasuk webinar serta pameran seni dengan kerjasama KL City Art Gallery.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/792123/banteras-pemburuan-haram-hidupan-liar

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links