Apa Jua Diperkatakan, Najib Tetap Pernah Berjasa

August 19, 2022

Menghormati keputusan makamah. Namun umum mengetahui mengenai penolakan bukti baharu yang ingin dikemukakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kesnya oleh mahkamah atas alasan masalah teknikal.

Ramai rakan politik yang menyatakan sokongan terhadap beliau serta menuntut keadilan dalam membicarakan kes tersebut termasuklah Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Bayangkan kalau kita ditempatnya? Hanya Allah tempat mengadu,” ujar beliau melalui hantaran di Facebooknya.

Shamsul Anuar turut serta dalam solidariti 4 untuk Najib Razak selain daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa lagi rakan politik UMNO-BN serta rakyat.

Beliau menekankan, walau apa yang dikatakan mengenai Ahli Parlimen Pekan itu, Najib Razak adalah satu sosok yang pernah berjasa kepada negara dan juga rakyat.

“Maka, mari kita ahli dan penyokong parti terus berdoa agar dia mendapat dan dibicarakan dengan adil. Ini haknya,” tambah Shamsul Anuar lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/najib-pernah-berjasa-shamsul-anuar/

Malaysiapost: https://malaysiapost.com.my/2022/08/19/pemimpin-bn-ajak-ahli-penyokong-parti-terus-berdoa-untuk-najib/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links