Anugerah Tenaga Nasional 2020

November 19, 2020

MENARA Korporat Persada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2020 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam Kategori 1: Kecekapan Tenaga bagi Pengurusan Tenaga (Bangunan Besar).

Di bawah kategori sama, TM Node Skudai Johor turut memenangi anugerah tersebut bagi Bangunan Kecil manakala Top Glove F29 bagi Industri Besar.

Sementara itu, bagi Kategori 2: Tenaga Boleh Baharu (TBB) di bawah sub-kategori Penajaan TBB Tersambung Grid (Grid Kebangsaan) dimenangi Concord Green Energy Sdn Bhd manakala Penajaan TBB Tersambung (Grid Tempatan) dimenangi Sime Darby Plantation Berhad.

KeTSA dalam kenyataan hari ini berkata anugerah tahunan itu dianjurkan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan terbaik dalam kalangan organisasi bagi memacu agenda tenaga lestari negara selain menggalakkan syarikat dan organisasi mengurangkan jejak karbon dengan meminimumkan kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dijana melalui bahan api fosil.

“Anugerah ini dianjurkan secara tahunan sejak 2018 sebagai sebahagian daripada inisiatif kementerian bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga di Malaysia.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help