Anugerah Pemimpin, Pertubuhan & Persatuan Belia Parlimen Lenggong 2023

December 17, 2022

ANUGERAH PEMIMPIN, PERTUBUHAN DAN PERSATUAN BELIA PARLIMEN LENGGONG 2023 akan dilaksana yang melibatkan semua pimpinan, ahli dan organisasi belia dalam Kawasan Parlimen Lenggong.

Satu sesi taklimat mengenai perkara ini akan dilakukan yang melibatkan semua organisasi belia. Panel anugerah ini akan di anggotai oleh Pusat Khidmat MP Lenggong, Pejabat Belia Sukan Lenggong, Pejabat Belia Sukan Gerik, Majlis Belia Gerik, Majlis Belia Lenggong dan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

Saya bekas Presiden Majlis Belia Malaysia kerana itu saya memahami citarasa pimpinan, ahli dan organisasi belia.

Sudah tentu iltizam saya dan menepati janji saya sewaktu PRU15 lalu. Kegiatan, aktiviti kemudahan belia serta anak muda akan dilipatganda kan.

Pelancaran akan dilaksanakan pada Januari 2023 dan anugerahnya akan disampaikan pada Mei 2022 sempena Hari Belia 2023.

Januari ini saya akan umumkan nilai keseluruhan Anugerah Belia Parlimen Lenggong 2023.

Program Ramah Mesra Bersama Pimpinan Belia Parlimen Lenggong diadakan di Dewan Merdeka Lenggong, di hadiri Pegawai Belia Lenggong, Pegawai Belia Gerik, Pengerusi semua pertubuhan belia dalam Parlimen Lenggong dan Ketua Puteri UMNO Perak.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help