Amalkan Kebijaksanaan Dalam Kebebasan Bersuara

January 31, 2023

UMNO adalah sebuah parti yang bersikap terbuka dan kebebasan bersuara memang dibenarkan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut beliau, prinsip yang dipegang oleh UMNO sejak sekian lama sekaligus dapat menyuburkan amalan demokrasi dalam parti tersebut.

“Namun, kita mestilah punyai kebijaksanaan. Kebebasan kita bersuara bukan bermakna kita boleh bercakap apa sahaja hingga melanggar peraturan yang ada dalam parti.

“Tanggungjawab kita sebagai pemimpin dan ahli ialah menjaga imej parti. Parti mesti sentiasa dilihat baik dimata ahli dan rakyat. Kita bertanggungjawab terhadapnya,” kata Shamsul dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Tegasnya lagi, sebarang tindakan yang boleh merosakkan parti menjadikan perkara itu tidak memberikan manfaat kerana akhirnya memperlihatkan imej parti tidak baik pada mata rakyat.

Hal ini kerana, beliau menekankan hayat parti terletak pada tangan rakyat dan ianya satu hal yang rugi apabila rakyat sendiri melihat imej parti buruk dek kerana kebebasan bersuara yang diamalkan.

“Hakikatnya tiada orang lain yang akan menjaga imej parti melainkan kita. Kita bertanggungjawab kepada parti kita,” tambah Shamsul lagi.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pandangan di wacana Ucapan Dasar Presiden UMNO yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Ketua dan Kepimpinan UMNO Bahagian Batu Kawan di semua peringkat.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/amalkan-kebijaksanaan-dalam-kebebasan-bersuara-shamsul-anuar/

Malaysiapost: https://malaysiapost.com.my/2023/01/31/kebebasan-bersuara-jangan-sampai-langgar-peraturan-parti-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help