Alumni Majlis Belia Malaysia Kekalkan Matlamat Berbakti Kepada Masyarakat

June 7, 2022

Alumni Majlis Belia Malaysia yang ditubuhkan sejak 2009 merupakan satu institusi yang dianggotai oleh bekas pemimpin dan ahli belia yang berusia lebih 40 tahun.

Baru-baru ini, majlis Jamuan Mesra antara Alumni Majlis Belia Malaysia diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Kali ke 6 pertubuhan dihadiri Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Biarpun tidak lagi melaksanakan kegiatan sebagaimana pertubuhan belia yang ada, namun Alumni MAJLIS BELIA MALAYSIA kekal ingin menerus idealisme sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan rakyat,” kata Shamsul menerusi posting di laman Facebook rasminya.

Alumni Majlis Belia Malaysia juga adalah pertubuhan yang telah diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan sebagai Majlis Belia Kebangsaan bagi pertubuhan belia di negara ini.

Menurut Shamsul pertubuhan tersebut menjadi platform kepada bekas-bekas pemimpin serta aktivis belia yang masih lagi berpegang kepada matlamat asal penubuhannya iaitu menjadikannya sebagai organisasi yang menyumbang bakti kepada masyrakat.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Impiana Hotel Ipoh, Perak dan Shamsul berperanan sebagai pengerusi yang mengendalikan mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat Agung Kali ke 6 Alumni Majlis Belia Malaysia juga bersetuju membantu kepimpinan negara iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia khusus menghadapi cabaran ekonomi kesan pandemik Covid-19 ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh semua perwakilan daripada Badan Perhubungan Alumni MBM Negeri-Negeri seluruh negara.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/alumni-belia-malaysia-masih-kekalkan-matlamat-berbakti-kepada-masyarakat/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help