Aktiviti Padat Shamsul Anuar Di Minggu Kedua Disember

December 17, 2025

Sepanjang hujung minggu, jadual Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dalam usaha menyantuni penduduk Lenggong. Inilah rutin beliau yang sentiasa aktif menabur bakti dan jasa kepada masyarakat yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.

Beliau memulakan hari dengan menghadiri Mesyuarat dan Perbincangan bersama Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Daerah Gerik berkaitan pembangunan pelancongan di kawasan Parlimen Lenggong. Seterusnya, beliau menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Akademi Pendidikan Al Bayan di Kampung Padang, Gerik, Perak.

Sementara itu, isteri beliau, Datin Seri Hamisah Hussin, turut hadir di Program Tautan Kasih, menunjukkan komitmen keluarga dalam menyantuni masyarakat setempat.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar kemudian menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark yang diadakan di Pejabat Majlis Daerah Lenggong. Pada sebelah petang, beliau turut meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Hock Kean di Dewan SRJK (C) Young Hwa, Lenggong.

Beliau juga hadir dan menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Hock Kean Kong Hoey Lenggong. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak yang juga merupakan ADUN Kota Tampan, Lenggong.

Komitmen Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam menghadiri pelbagai program ini jelas menunjukkan keprihatinan beliau terhadap pembangunan dan kebajikan masyarakat di Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help