Akademi UMNO Malaysia
AKADEMI UMNO MALAYSIA
Melalui perbincangan saya dengan Presiden UMNO, kesimpulannya saya perlu menumpukan tanggungjawab sebagai Menteri Tenaga & Sumber Asli, kerana ia merupakan amanah besar pada negara. Bagaimanapun tanggungjawab saya kepada parti mesti diberikan keutamaan.
Maka, dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Presiden UMNO YB DS Zahid Hamidi telah mengumumkan perubahan kepada struktur UMNO Malaysia. Tempat saya selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia diambil alih oleh Saudara Shahril Hamdan.
Saya masih Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan bagi membolehkan saya terus menyumbang pada parti saya dilantik oleh Presiden UMNO dan dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebagai Pengerusi AKADEMI UMNO MALAYSIA.
Saya akan kemukakan nanti fungsi AKADEMI UMNO MALAYSIA setelah berbincang dengan Presiden UMNO Malaysia.
Dan kepada pimpinan tertinggi UMNO disemua peringkat terutama Ketua Penerangan UMNO Negeri dan bahagian seluruh negara saya ucapkan terima kasih kerana membantu saya ketika saya menjalankan tanggungjawab.
Suatu pengalaman yang sangat bernilai bila diamanahkan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia ketika UMNO BN bukan sebuah kerajaan. Kemudian melepaskan jawatan ketika UMNO telah menjadi sebahagian dari kerajaan.
Saya mohon maaf jika ada kelemahan ketika saya menjadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Saya yakin Saudara Shahril Hamdan mampu berperanan sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru.
YB DATO’ SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.