Ahli Lompat Parti Hakikatnya Khianati Mandat Rakyat

June 30, 2022

Tindakan sesetengah ahli politik yang mengambil keluar dari parti asal ke parti yang lain selepas PRU14 lalu jelas menunjukkan mereka mempunyai pendirian yang tidak tetap dan tidak setia pada matlamat perjuangannya demi rakyat.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan mereka yang melompat parti adalah perbuatan yang telah mengkhianati rakyat.

“Setuju tak? Mereka yang bertindak melompat parti sebenarnya telah mengkhianati mandat rakyat,” kata Shamsul Anuar menerusi posting di Facebooknya.

Beliau berkata demikian bagi menyelar kenyataan Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid yang menyatakan tindakan lompat parti adalah satu hal yang tidak menyalahi amalan demokrasi.

Apabila sudah menjadi seorang pemimpin, ianya bermakna pemimpin tersebut memikul kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk bertanggungjawab melaksanakan tugasnya namun jika bertindak untuk melompat parti, secara tidak langsung rakyat akan hilang keyakinan padanya.

Shamsul Anuar turut menegaskan supaya berpeganglah pada amanah yang diberikan oleh rakyat kerana rakyat jugalah yang mengundi seseorang sebagai calon BN atau UMNO.

“Kenapa kita lompat ke parti lain? Kenapa kita khainat mandat yang rakyat beri?,” soal Shamsul Anuar lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/ahli-lompat-parti-hakikatnya-khianati-mandat-rakyat/

Malaysiapost: https://malaysiapost.com.my/2022/06/30/tidak-salah-lompat-parti-shamsul-anuar-bidas-rosol/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help