Majlis Pelancongan Lenggong membawakan Mega Jamz Lenggong Music Festival 2026 sempena Lenggong International Dialogue 2026 (LiD’26), yang bakal menghimpunkan 500 pemuzik profesional dalam persembahan serentak dengan sasaran mencipta rekod Asia.
Menampilkan pemuzik istimewa Joe Branko, acara ini dijadualkan berlangsung pada 29 November 2026 (Ahad), bermula pada pukul 3.30 petang, di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan festival ini di Lenggong yang memiliki dua pengiktirafan UNESCO, iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO dan UNESCO Global Geopark.
Tempahan baju rasmi Mega Jamz turut dibuka pada harga RM69.90 sehelai. Setiap pembelian sehelai baju melayakkan pembeli menyertai cabutan bertuah yang menawarkan lebih 100 hadiah menarik, termasuk motosikal, alat muzik dan barangan elektrik.
Untuk tempahan dan pembelian baju, hubungi Abid di 013-462 6272.


