33 Pusat Daerah Mengundi BN Lenggong Adakan Mesyuarat Serentak

June 21, 2026

LENGGONG – Kesemua 33 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Lenggong kini mengadakan mesyuarat dan perbincangan masing-masing sebagai tindakan susulan daripada Majlis Taklimat Khas BN Lenggong yang diadakan minggu lalu.

Pengerusi Bilik Gerakan Pilihanraya BN Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pimpinan PDM menjalankan mesyuarat sebagaimana yang diarahkan dalam taklimat tersebut.

“BN Lenggong kekal fokus. Tahniah semua,” kata beliau.

Mesyuarat di peringkat PDM ini merupakan pelaksanaan arahan yang dikeluarkan semasa Majlis Taklimat Gerak Kerja Pilihanraya BN Lenggong pada Sabtu lalu yang dihadiri semua pimpinan PDM dan kesemua 67 cawangan di Dewan KEMAS Lenggong.

Dalam taklimat tersebut, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar selaku Pengerusi Bilik Gerakan Pilihanraya BN Lenggong telah membentangkan perancangan serta gerak kerja penting yang perlu dilaksanakan di semua peringkat.

Pelaksanaan mesyuarat serentak oleh kesemua 33 PDM ini memperlihatkan kesiapsiagaan serta disiplin jentera BN Lenggong yang bergerak secara tersusun, berstrategi dan berfokus di peringkat akar umbi dalam menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya yang akan datang.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help