2023 Cabaran Besar, Lupakan Perbezaan

January 1, 2023

Tahun Baru 2023 menjadi cabaran baru untuk semua rakyat Malaysia samada dari segi ekonomi, kesihatan, keselamatan, kebajikan rakyat dan sebagainya.

Namun begitu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yakin cabaran tersebut akan dapat ditangani dan dihadapi bersama oleh semua pihak.

“Tahun 2023 cabaran besar buat kita, baik Ekonomi, Kesihatan, Keselamatan, Kebajikan Rakyat, dan sebagainya. Lupakan perbezaan sesama kita. Kita cari kebaikan

“Justeru kita mesti bersama. Kerajaan Perpaduan bersungguh mahu melakukan yang terbaik membina Malaysia yang makmur demi rakyat tercinta,” kata Shamsul menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru untuk terus mencari kebaikan dalam setiap individu sekaligus melupakan segala perbezaan yang ada sesama rakyat.

Hal itu dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melangkah ke hadapan demi kemakmuran rakyat.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/2023-cabaran-besar-lupakan-perbezaan-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help