20,000 Disasar Hadiri Karnival Agropelancongan Perak 2024

May 14, 2024

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Seramai 20,000 pengunjung disasar menghadiri Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024) di Resort Tasik Raban, Lenggong yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 17 Mei ini.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata program sempena Tahun Melawat Perak 2024 itu bertujuan memperkenalkan industri agropelancongan khususnya di Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Kita yakin karnival ini dapat menyebarluaskan produk pelancongan Lenggong seperti Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Lembah Lenggong serta lokasi Geopark Kebangsaan, yang dijangka menjadi UNESCO Global Geopark (UGGp) Lenggong Geopark pada 2026 selepas Langkawi dan Kinabalu.

“Setakat ini, kita mempunyai lebih daripada 150 pemain industri yang terlibat seperti sektor penginapan, makanan dan acara,” katanya ketika menjadi tetamu program Temu Bual Eksklusif di Bernama Radio hari ini.

Shamsul Anuar yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata program anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dan Kerajaan Negeri Perak itu menyediakan pelbagai tarikan antaranya Program Jualan Rahmah, potongan harga 70 peratus bagi pakej agropelancongan dan pesta makanan.

“Pengunjung PAC 2024 turut berpeluang menaiki belon panas dan beriadah dengan pelbagai aktiviti sukan lasak serta rekreasi seperti sukan air dan aktiviti perkhemahan.

“Orang ramai juga boleh mengikuti forum ceramah perdana dan menyaksikan persembahan artis popular tanah air,” katanya.

— BERNAMA

Sumber: https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2297707

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help