16 Pasangan, Satu Tarikh Istimewa, Sejuta Kenangan

October 27, 2026

26 Oktober 2026 menjadi tarikh penuh bermakna buat 16 pasangan yang memilih untuk mengabadikan detik penyatuan cinta mereka menerusi Majlis Perkahwinan Mega bertemakan “Enchanted Eternity” anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan).

Pemilihan tarikh istimewa 26.10.26 bukan sahaja mencipta kenangan indah buat pasangan yang diraikan, malah memperlihatkan peranan JPN dalam mengendalikan urusan pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan sivil secara sah, teratur dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Tahniah dan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada kesemua 16 pasangan! Semoga ikatan yang terbina terus mekar dengan kasih sayang, kebahagiaan dan persefahaman sepanjang hayat.

Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help