16 Pasangan Dirai Dalam Majlis Perkahwinan Mega HPN 2026
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, menghadiri Majlis Perkahwinan Mega sempena Hari Pendaftaran Negara (HPN) 2026 bagi meraikan 16 pasangan serta meninjau proses perkahwinan yang dilaksanakan dalam majlis bertemakan “Enchanted Eternity”.
Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 2,323 pendaftaran perkahwinan sivil direkodkan bagi tempoh 1 hingga 16 Oktober 2026. Pendaftaran tersebut tertakluk kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

