Hubungan Mesra Pemimpin & Rakyat Terserlah Di Desa Ibol

February 1, 2026

LENGGONG – Program Santai Bersama Rakyat Lenggong yang diadakan di Desa Ibol, Sumpitan, mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Program yang berlangsung di Surau Desa Ibol itu dihadiri ramai penduduk yang mengambil peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah.

Sepanjang program, Shamsul Anuar bersama penduduk menikmati makan tengah hari dalam suasana mesra dan santai. Kehadiran beliau bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk beramah mesra, malah turut membuka ruang bagi penduduk menyuarakan pelbagai isu dan keperluan yang dihadapi di kawasan mereka.

Menurut Shamsul Anuar, sesi seperti ini penting untuk mendengar sendiri suara rakyat serta memahami cabaran yang dihadapi oleh komuniti setempat. Beliau berkata, beberapa perkara yang dibangkitkan oleh penduduk telah didengar dan diambil tindakan segera bagi memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan berkesan.

Shamsul Anuar turut menegaskan komitmennya untuk terus mendekati rakyat dan memastikan setiap isu yang dibangkitkan mendapat perhatian sewajarnya. Beliau berharap, usaha berterusan seperti ini dapat memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat serta membawa manfaat kepada seluruh komuniti di Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help