Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, merakamkan penghargaan atas kesudian Bank Simpanan Nasional (BSN) menyalurkan sumbangan Zakat Wakalah kepada pelajar-pelajar asnaf di Lenggong.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada BSN kerana sudi memberikan Sumbangan Zakat Wakalah kepada pelajar-pelajar asnaf di Lenggong. Beliau turut hadir untuk menyampaikan ucapan dan menyerahkan sumbangan tersebut bagi pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).
Selepas itu, beliau hadir ke program Kampung Angkat Madani Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kampung Bukit Sapi, Lenggong.
Sempena kehadiran di program tersebut, beliau turut mengambil kesempatan untuk melawat Projek Kegiatan Ekonomi di SK Bukit Sapi, Lenggong. Turut bersama beliau ialah Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak dan Guru Besar SK Bukit Sapi, Lenggong.



