Festival Y15, Y16 & 135 LC Di Pulau Pinang
Saya dimaklumkan berasaskan kiraan dibuat sekitar 51,000 buah motosikal dan lebih 60 ribu anak muda serta lain-lain berkumpupl di FESTIVAL Y15, Y16 & 135 LC di Pulau Pinang.
Sewaktu festival ini saya dibawa melawat ke pelbagai pameran dan gerai-gerai jualan di festival ini. Ia bukan sekadar himpunan peminat motosikal tetapi memperlihatkan bagaimana anak muda mewujudkan pelbagai kegiatan ekonomi melalui aktiviti permotoran. Tahniah kepada Sdr Mohd Hafiz Anuar selaku Pengarah Festival dan Sdr Ku Muhamad Nazri Ku Mat Pengarah Pentadbiran & Protokol Festival Y15,Y16 & 135LC serta barisan penaja festival ini.

